Sony dan Epic Games hari ini mengumumkan yang Sony telah melakukan pelaburan strategik bernilai $250 juta (~RM1 bilion) ke atas Epic Games untuk 1.4% pegangan syarikat pembangun Fortnite tersebut.

Menurut mereka lagi, pelaburan ini akan mengembangkan lagi kerjasama antara dua syarikat tersebut yang sebelum ini telah mempunyai perhubungan yang rapat. Mereka akan mengembangkan lagi kerjasama berdasarkan portfolio luas Sony di dalam industri hiburan.

Epic Games sebelum ini telah memperlihatkan Unreal Engine 5 mereka yang memfokuskan kepada PlayStation 5 selain itu, permainan mereka Fortnite juga sering menyertakan pelbagai kandungan khusus untuk konsol Sony dan menjadi antara terawal menerima fungsi rentas platform.

Menurut penganalisa untuk Niko Partners, antara kerjasa terawal yang mungkin diperlihatkan adalah menggalakkan pembangun untuk menggunakan Unreal Engine bagi membangunkan permainan buat PlayStation 5 dengan memberi sokongan dan pelbagai insentif.

Selain permainan video, mereka juga akan melihat untuk melakukan kerjasama di dalam industri perfileman dan juga muzik sesuatu yang kedua-dua syarikat terlibat.

Epic Games dimiliki oleh Tim Sweeney yang juga CEO untuk syarikat tersebut dengan pegangan melebihi 50% dan pemegang kedua terbesar adalah Tencent iaitu 40%.

Sohor Kini