Epic Games Store bermula hari ini menawarkan 3 permainan percuma sebagai tawaran mingguan mereka. Ia adalah Killing Floor 2, Lifeless Planet dan juga The Escapists 2 yang diumumkan sebagai permainan percuma beberapa minggu lepas tetapi ditunda.
Killing Floor 2 merupakan permainan menembak pandang pertama, ia dibangunkan oleh Tripwire Interactive serta Saber Interactive dan telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC sejak tahun 2016.
Lifeless Planet adalah permainan platformer tekaria berdasarkan fiksyen sains. Dibangunkan oleh Stage 2 Studio dan diterbiktan oleh mereka serta Serenity Forge untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC sejak tahun 2014.
The Escapists 2 adalah permainan strategi yang memerlukan pemain berusah untuk lari dari penjara. Ia boleh menyertakn mod multi-pemain secara dalam talian dan setempat. Dibangunkan oleh Mouldy Toof Studios dan diterbitkan oleh Team 17 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga permainan mudah alih sejak tahun 2017.
Ketiga-tiga permainan ini boleh ditebus sehingga 16 Julai 2020, sebelum digantikan dengan satu permainan iaitu Torchlight 2.
[download]Epic Games Store: Killing Floor 2[/download] [download]Epic Games Store: Lifeless Planet: Premier Edition[/download] [download]Epic Games Store: The Escapists 2[/download]