Sony Memperlihatkan Rekaan Kotak Untuk Permainan PS5

Sony Interactive Entertainment hari ini melalui PlayStation Blog telah memperlihatkan rekaan kotak untuk versi fizikal bagi permainan PlayStation 5. Mereka memperlihatkan kotak untuk Spider-man Miles Morales tetapi rekaan yang sama akan digunakan untuk permainan-permainan lain.

Ia masih lagi mengekalkan kotak berwarna biru, akan tetapi menggunakan warna putih untuk bahagian logo PS5 berbanding warna biru sebelum ini yang berkemungkinan besar mengambil inspirasi daripada rekaan konsol PlayStation 5 sendiri. Ia juga pertama kali kita dapat melihat logo PlayStation Studios di kotak permainan.

PlayStation 5 dan Spider-Man Miles Morales dijangka akan tiba pada akhir tahun ini.

Sohor Kini