Skip to main content

Jika sebelum ini, 30 minit bentuk permainan Assassin’s Creed Valhalla tertiris yang memperlihatkan pengembaraan serta misi merampas kubu viking, minggu ini satu lagi video telah dikongsi.

Ia adalah video 7 minit yang memperlihatkan watak pemain Eivor memasuki kawasan sebelum menjumpai tulang King Lerion, dan tidak lama kemudian bertempur dengan watak bernama Cordelia.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah, jika ia masih lagi tidak dipadam.

https://www.youtube.com/watch?v=QPj9i82HtHE

Cordelia adalah watak fiksyen hadir melalui penceritaan oleh William Shakespeare yang berdasarkan King Lear iaitu nama lain untuk King Lerion iaitu raja legenda Briton.

Assassin’s Creed Valhalla akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One PC dan Stadia bersama-sama di konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X menjelang penghujung tahun ini.

Leave a Reply