Blizzard telah mengumumkan penambahan seterusnya untuk permainan MMORPG mereka World of Warcraft iaitu Shadowlands yang akan dikeluarkan pada akhir tahun ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk di pautan ini.
Melalui penstriman langsung oleh Blizzard minggu ini, mereka telah mengumumkan World of Warcraft: Shadowlands akan menerima versi Collector secara fizikal di mana ia akan ditawarkan dengan harga $119.99 (~RM511).
Berikut adalah barangan yang disertakan melalui edisi ini;
- Buku Art of the Shadowlands
- Pad tetikus ‘Shattered Sky’
- 4 Lencana
- Muzik latar secara digital
- Permainan Edisi Epic yang menyertakan pelbagai barangan di dalam permainan.


Bagi pemain yang sudah melakukan pra-tempah untuk edisi lain bagi permainan ini, pulangan wang untuk versi tersebut akan diberikan jika pemain memasuki kod edisi Collector sebelum 31 Mac 2021. Pra-tempah untuk edisi ini akan dibuka tidak lama lagi.