Skip to main content

Selain mengumumkan mod Gauntlet pada minggu lepas, Riot Games turut mengumumkan Lab akan disertakan di dalam permainan kad mereka Legends of Runeterra.

Mod pertama yang disertakan adalah A.R.A.M di mana pemain akan memilih Champions pada awal permainan, dan kad di dalam dek akan disertakan berdasarkan pilihan tersebut. Pemain juga boleh bermain dengan rakan menggunakan mod ini.

Anda boleh tonton video pengumuman untuk Lab di bawah.

Riot Games mengumumkan mod di dalam Lab akan berubah setiap kali kemaskini dilakukan di mana mereka menyertakan pelbagai mod berbeza yang mungkin akan mengubah cara pemain bermain.

Legends of Runeterra sudah dikeluarkan untuk PC dan peranti pintar iOS serta Android.

Leave a Reply