That Game Company hari ini mengumumkan permainan mudah alih mereka Sky: Children of the Light telah dimuat turun sebanyak 20 juta kali, beberapa hari sebelum permainan tersebut menyambut ulang tahun pertama pada 18 Julai ini.

Ia dilancarkan terlebih dahulu untuk iOS di mana ia telah menerima 1 juta muat turun selepas 5 hari dan dinobatkan sebagai permainan terbaik untuk iPhone pada tahun lepas. Pada April tahun ini, ia akhirnya dikeluarkan untuk Android.

Bersempena dengan kejayaan tersebut, pemain akan diberikan ganjaran serta pelbagai sambutan di dalam permainan. Kandungan baharu juga akan disertakan bersempena musim baharu iaitu Season of Sanctuary yang akan bermula pada bulan ini.

Sky: Children of the Light sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia juga diumumkan untuk Switch yang akan tiba sekitar suku ketiga tahun ini.

Sohor Kini