Taiko Drum Master Untuk Switch Terjual Sebanyak 1 Juta Unit

Bandai Namco hari ini mengumumkan Taiko Drum Master: Nintendo Switch Version telah terjual sebanyak 1 juta unit selepas hampir 2 tahun dikeluarkan.

Bersempena dengan pencapaian tersebut, mereka juga telah mengumumkan pek “Over 1 Million Sold Celebration! I LOVE GAMES” yang menyertakan sebilangan lagu secara percuma bermula hari ini. Mereka juga mengumumkan DLC berbayar iaitu pek Vocaloid, Studio Ghibli, Touhou Project Arrangments.

Manakala pada suku ketiga tahun ini, mereka akan menyertakan mod eSports Tournament untuk pemain menguji kemahiran mereka melawan pemain lain dalam bentuk kejohanan.

Sohor Kini