Untuk The Boys musim kedua, mereka sedang melarikan diri dari pihak berkuasa dan juga diburu oleh Supes. Mereka cuba untuk berkumpul semula bagi menentang Vought. Hughie, Mother’s Milk, Frenchie, dan Kimiko berusaha menyembunyikan diri. Manakala Butcher tidak dapat ditemui. Starlight pula masih cuba membiasakan diri dalam pasukan The Seven kerana Homelander sedang mengambil alih kuasa.
Menarik bukan musim kedua ini? Lihat sahaja video acah di atas, penuh dengan aksi, semakin ganas, semakin gila dan ya rabbi – Homelander bunuh kanak-kanak? Turut terdapat laporan yang menyatakan akan ada kebingungan berlaku dalam siri TV ini berkenaan Butcher. Oleh itu, akan ada episod seakan filem pendek memberikan penjelasan dan memfokuskan kepada watak beliau sahaja.
Siri TV ini akan disiarkan pada 4 September eksklusif untuik Amazon Prime Video, sama-sama kita nantikan.