Konami hari ini telah mengumumkan yang mereka tidak akan memperbaharui perjanjian bersama dengan dua kelab liga Itali iaitu AC Milan dan Inter Milan untuk disertakan di dalam permainan simulasi bola sepak mereka eFootball PES.
Perkara ini tidak akan memberi kesan kepada eFootball PES 2020 di mana dua kelab tersebut masih lagi akan disertakan seperti biasa, manakala untuk permainan lain serta permainan akan datang maklumat lanjut akan dikongsi secara berasingan.
Mereka juga menegaskan akan terus menguatkan perjanjian mereka dengan pasukan sedia ada dan juga mencari rakan baharu dari semasa ke semasa.
Tidak seperti Juventus, AC Milan dan Inter Milan hadir secara rasmi di FIFA 20 dan juga PES 2020. Jadi ia bukanlah satu perjanjian eksklusif, tidak pasti mengapa mereka tidak meneruskan perjanjian ini.
eFootball PES 2020 telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga mempunyai edisi percuma untuk dimainkan.