Psyonix minggu ini menyambut ulang tahun ke-5 untuk permainan Rocket League mereka yang dikeluarkan pada 7 Julai 2015. Bersempena dengan perkara tersebut, mereka juga berkongsi satu infografik yang memperlihatkan pelbagai maklumat menarik mengenainya.
Antara yang dikongsi adalah permainan tersebut kini mempunyai 75 juta pemain iaitu peningkatan sebanyak 25 Juta berbanding jumlah yang dikongsi pada September tahun 2018.
Selain itu, mereka juga mengatakan yang sudah terdapat 5 bilion perlawanan dengan 29 bilion goal telah dijaringkan. Anda boleh melihat infografik penuh di pautan ini.
Rocket League merupakan permainan arena bola sepak menggunakan kereta yang sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Psyonix juga sebelum ini sudah diambil alih oleh Epic Games.