Selepas 4 permainan disertakan pada bulan Mei lepas untuk Nintendo Switch Online, hari ini Nintendo mengumumkan yang merekan menyertakan 3 lagi permainan bermula pada bulan ini iaitu Donkey Kong Country dan Natsume Championship Wrestling untuk permainan Super NES dan The Immortal untuk permainan NES.

Anda boleh tonton video pengumuman tersebut di bawah.

Selain itu, Nintendo juga berkongsi pelbagai “cheat codes” yang boleh digunakan di dalam permainan Donkey Kong Country yang anda boleh tonton di dalam video di bawah.

Ketiga-tiga permainan ini akan disertakan di dalam aplikasi untuk SNES dan NES bagi pelanggan Nintendo Switch Online bermula pada 15 Julai ini.

Sohor Kini