Skip to main content

Pada awal bulan lepas, THQ Nordic telah mengesahkan yang mereka bakal mengeluarkan Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia merupakan permainan penambah-baikkan untuk Kindoms of Amalur: Reckoning yang dikeluarkan pada tahun 2012.

Hari ini, akhirnya mereka mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan tersebut iaitu pada 8 September 2020 dan anda boleh tonton video acah di bawah.

Selain peningkatan kualiti grafik serta bentuk permainan, mereka juga akan menyertakan kandungan baharu. Mereka juga mengumumkan DLC penambahan Fatesworn akan dikeluarkan sekitar tahun 2021.

Leave a Reply