Skip to main content

Setelah melancarkan permainan Halo 2: Anniversary pada bulan Mei lepas di PC, 343 Industries dan Microsoft hari ini meneruskan permainan seterusnya untuk koleksi Halo: The Master Chief Collection iaitu Halo 3, di mana ia kini disahkan akan tiba pada 14 Julai 2020 ini.

Halo 3 merupakan sekuel seterusnya buat siri Halo di mana permainan tersebut sebelum ini dilancarkan di konsol Xbox 360 pada 2007 lepas. Ia kemudian menerima versi pernambah-baikkan melalui koleksi Halo: The Master Chief Collection di konsol Xbox One, dan kini versi PC ia akan menerima pelbagai lagi pernaik-tarafan visual bersama-sama dengan mod multi-pemain yang disukai ramai iaitu mod penyunting peta permainan.

Buat masa ini, Halo 3: ODST dan Halo 4 masih belum dilancarkan dan ia dirancang untuk tiba secara berperingkat selepas pelancaran Halo 3 ini.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan permainan ini, ianya boleh dibeli di Steam secara berasingan ataupun secara koleksi dengan harga hanya RM65 sahaja. Anda juga boleh dapatkannya di Microsoft Store dengan harga $39.99(~RM173).

Leave a Reply