2K Games dan Hangar 13 hari ini mengumumkan yang mana permainan olahan semula Mafia: Definitive Edition yang diumumkan sebelum ini, akan ditunda sehingga bulan September ini.
Asalnya, permainan tersebut akan tiba 28 Ogos ini, kini tarikh rasmi baharu adalah 25 September 2020 dan pada masa yang sama, 2K Games juga mengumumkan yang mana mereka akan memperlihatkan bentuk permainan tersebut pada 22 Julai 2020 ini.
Menurut 2K Games, penundaan ini adalah disebabkan wabak koronavirus (Covid-19) di mana mereka mempunyai beberapa masalah untuk lengkapkan permainan tersebut. Oleh sebab itu, mereka mengambil keputusan untuk menundanya supaya ia akan dilancarkan dengan kualiti yang baik.
2K Games sebelum ini telah pun melancarkan permainan pernambah-baikkan Mafia II dan Mafia III yang mana ia kini boleh dibeli melalui platform pilihan anda.