Devolver Digital dan Flying Wild Hog hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali siri permainan penembak pandang pertama iaitu Shadow Warrior.
Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan, namun pemain tampaknya akan masih menggunakan watak Lo Wang untuk melakukan misi mustahil untuk menangkap semula naga purba ke dalam penjaranya.
Lo Wong sekali lagi akan dilengkapkan dengan senjata pedang dan juga senapang dan akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh yang akan menghalangnya.
Pengarah permainan tersebut iaitu Kuba Opoń menyatakan yang mana mereka tidak sabar dan gembira untuk membawa kembali siri ini buat peminat Shadow Warrior dan mereka akan memperlihatkan fungsi-fungsi baharu yang akan tiba dengan bentuk permainan beraksi yang pantas.
Menurut Devolver Digital, informasi lanjut permainan ini akan dikongsikan ketika acara Devolver Direct yang akan berlangsung pada 12 Julai 2020 ini pada jam 3 pagi.
Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut berkenaannya setelah ia diumumkan kelak.