Skip to main content

Kevin Hart adalah seorang pelakon dan pelawak. Banyak filem lakonan beliau sungguh lucu dan menggelikan hati. Kebiasaannya di filem, kita akan lihat gandingan Kevin dengan Dwayne The Rock Johnson – seperti filem Jumanji. Kevin turut terkenal dengan banyak persembahan komediri. Terkini, beliau akan muncul dalam siri TV baru berjudul “Die Hart”. Ya, namanya seakan parodi bagi filem Die Hard.

https://youtu.be/vfABQnhPADQ

Siri TV ini adalah bergenre aksi komedi dan siarannya eksklusif untuk platform penstriman Quibi. Menariknya, Kevin akan digandingkan dengan John Travolta dan juga Nathalie Emmanuel. Siri TV ini akan mula disiarkan pada 20 Julai. Die Hart mengisahkan Kevin Hart sendiri sebagai pelakon yang asyik terlibat dalam banyak filem dan hanya memainkan watak pelakon pembantu sahaja. Beliau sudah serik dan ingin menjadi hero dan watak utama dalam filem aksi. Oleh yang demikian beliau sertai sekolah aksi yang diuruskan oleh seorang mamat gila bernama Ron Wilcox (John Travolta). Kevin kemudiannya perlu bersaing dengan gadis ganas lakonan Nathalie Emmanuel.

Percubaan Quibi tiga bukan sudah tamat sekarang, bagi yang berminat mereka tawarkan langganan percuma selama 2 minggu. Jika anda ingin tonton siri ini pada 20 Julai nanti, jangan lupa langgan.

Leave a Reply