Stargirl adalah siri TV DC baru dari DC Universe yang mempunyai sedikit kaitan dalam dunia DC Arrowverse (penampilan khas dalam agenda Crisis). Musim pertama siri TV ini adalah eksklusif untuk DC Universe pada mulanya, iaitu platform penstriman tersendiri dunia DC. Kemudian, selepas satu hari episod baru tiba di DC Universe – The CW siarkan di saluran mereka. Terkini, Stargirl disahkan akan diteruskan untuk musim kedua pula.

Menariknya, musim kedua ini adalah eksklusif siaran untuk The CW sahaja dan tidak akan tiba ke platform DC Universe. Hanya selepas musim tamat di The CW, ia akan tiba ke platform penstriman lain seperti HBO Max. Stargirl adalah siri TV yang menarik dan menambat sambutan positif dengan jumlah penonton sebanyak 1.55 juta (anggaran). Disebabkan itu syarikat di bawah naungan WarnerMedia ini berani untuk memperbaharui musim kedua pula.

Cuma menjadi tanda tanya adalah, apakah nasib dengan platform DC Universe? Jika mereka tidak mempunyai hak siaran Stargirl dan tiada lagi siri TV baru DC buat masa ini untuk platform mereka. Adakah pengguna akan terhad dengan animasi, komik dan beberapa kandungan eksklusif DC sahaja? Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenainya.

Sohor Kini