Bulan lepas, kami melaporkan yang AT&T iaitu pemilik WarnerMedia berminat untuk menjual bahagian permainan video mereka iaitu Warner Bros Interactive.

Sebelum ini, Take-Two Interactive, Activision dan juga EA dilaporkan berminat untuk membida. Hari ini, The Information melaporkan yang Microsoft turut berminat untuk mendapatkan studio bagi permainan Mortal Kombat dan Batman tersebut.

Microsoft yang sudah semestinya ingin menguatkan lagi Xbox Games Studios mereka dan Warner Bros Interactive adalah satu jenama besar dengan pelbagai IP yang dikenali ramai.

Perkara ini masih lagi diperingkat awal, di mana masih tiada pengumuman rasmi oleh mana-mana pihak, ada kemungkinan juga Warner Bros Interactive sendiri akan dipecahkan dan ditawarkan secara berasingan.

Sohor Kini