Ubisoft hari ini berkongsi lanjut mengenai acara Ubisoft Forward yang akan berlangsung pada 13 Julai ini, di mana mereka menyatakan permainan-permainan yang bakal diumumkan ketika acara tersebut.

Acara pra-siaran akan bermula pada 1.30 pagi, 13 Julai di mana mereka akan melakukan penstriman permainan Trackmania, berkongsi informasi terbaru mengenai permainan Ghost Recon Breakpoint, Just Dance 2020 dan juga The Division 2.

Acara Ubisoft Forward pula akan bermula pada 3 pagi, di mana mereka akan berkongsi mengenai permainan Assassin’s Creed Valhalla, Watch Dogs: Legion, Hyper Scape dan juga beberapa kejutan.

Assassin’s Creed Valhalla berkemungkinan besar mereka akan memperlihatkan bentuk permainan tetapi tidak disahkan jika video yang sama seperti tertiris sebelum ini, manakala Watch Dogs: Legion kita mungkin akhirnya menerima tarikh pengeluaran selepas tertunda.

Selain itu, mereka juga mengumumkan penawaran permainan Watch Dogs 2 untuk PC secara percuma. Pemain boleh menebusnya bermula pada penstriman Trackmania sehinggalah acara tersebut berakhir. Jadi jika anda ingin mendapatkan Watch Dogs 2 secara percuma, anda sekurang-kurangnya perlu menunggu sehingga 1.30 pagi.

Acara ini boleh ditonton di laman Ubisoft Forward, Youtube, Twitch dan Mixer.

Sohor Kini