Acara Pengumuman Permainan Xbox Series X Berlangsung 24 Julai Ini

Microsoft hari ini mengesahkan yang acara pengumuman permainan seterusnya oleh studio di bawah Xbox Games Studios untuk Xbox Series X dan juga Xbox One akan berlangsung pada 12 pagi, 24 Julai ini.

Sebagai sebahagian daripada Summer Game Fest 2020, ia juga akan di-hos oleh Geoff Keighley di mana beliau akan melakukan acara pra-siaran. Selain Halo Infinite, buat masa ini masih tidak dipastikan permainan-permainan yang akan diperlihatkan oleh mereka.

Xbox Games Studio sejak setahun-dua yang lepas telah melakukan pelbagai pengambil-alihan. Antaranya adalah Double Fine, Ninja Theory, Obsidian Entertainment, Playground Games dan Undead Labs.

Sama ada mereka dapat menandingi pertunjukan yang baik oleh PlayStation Studios sebelum ini, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini