PUBG Mobile Menerima Peta Baharu Bermula Hari Ini – Livik

Tencent mengumumkan melalui kemaskini untuk PUBG Mobile yang akan tiba bermula hari ini, ia akan menyertakan satu peta baharu iaitu Livik. Ia adalah peta bersaiz 2km x 2km yang menyertakan pelbagai persekitaran termasuk juga kawasan salji dan kolam air panas yang mempunyai misteri tersendiri.

Maklumat lanjut mengenai peta baharu ini diperlihatkan melalui video di bawah.

Peta ini akan menyertakan sesi permainan yang lebih pantas di mana ia akan melibatkan 52 pemain dengan jangka masa selama 15 minit. Selain itu, senjata eksklusif untuk peta ini juga disertakan iaitu SMG: P90 dan Mk 12. Kenderaan khas untuk peta ini juga disertakan iaitu Monster Truck.

Selain itu, mod permain Spark the Flamed juga disertakan di mana ia boleh dimainkan di peta Erangel dan Miramar di mana pemain boleh menyertainya secara rawak.

Melaluinya terdapat dua jenis patung iaitu patung kecil dan besar. Patung kecil akan terbakar selepas menerima interaksi daripada pemain yang akan memberikan pelbagai barangan. Manakala peta besar akan dibina secara berperingkat dan akan terbakar di peringkat akhir. Terdapat juga kem patung di mana pemain boleh memasuki khemah berhampiran dengan patung untuk mendapatkan barangan.

Mereka juga mengumumkan mod The Ancient Secret yang akan tiba tidak lama lagi. Melaluinya akan terdapat kuil kuno di mana ia mempunyai dua tingkat. Ia akan bergerak mengikut kawasan selamat.

Di dalamnya terdapat tekaria, pemain yang berjaya memasuki bilik rahsia di tingkat 2 akan bertempur dengan boss di mana ia akan memberikan pelbagai ganjaran.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan secara percuma untuk peranti iOS dan juga Android.

Sohor Kini