Batman v Superman: Dawn of Justice adalah filem mengisahkan Batman dan Superman menjadi musuh dan akhirnya berbaik semula. Ia kurang menarik, pelik lagi-lagi adegan “Martha”. Filem ini ditayangkan pada empat tahun lepas dengan durasi 2 jam 31 minit sahaja. Walaupun bukan yang terbaik tetapi ada sahaja peminat menggemari filem ini.

Selepas itu, Batman v Superman: Dawn of Justice Ultimate Edition dilancarkan untuk Blu-Ray yang mana mempunyai durasi 3 jam 3 mini – iaitu 32 minit tambahan dari versi pawagam. Ia menambahkan beberapa adegan aksi dan menjadikan jalan cerita lebih menarik (sedikit). Filem ini akhirnya disiarkan di HBO Max secara eksklusif. Bagi yang berminat dengan watak Batman lakonan Ben Affleck dan Superman lakonan Henry Cavill, ini masanya untuk anda tonton sementara menantikan Justice League potongan Snyder.

Sohor Kini