Filem Jusctice League akan disiarkan semula secara digital di HBO Max. Tetapi ini bukannya versi yang dilanjutkan atau versi potongan pengarah dari Joss Whedon, sebaliknyan adalah versi yang ramai nanti-nantikan iaitu – potongan Snyder. Filem ini akan mempunyai jalan cerita berbeza, penjahat berbeza (Darkseid bukannya Steppenwolf) dan banyak idea asal Zack Snyder akan dimasukkan dalam filem ini.

Jika anda ingat, dalam filem ini ada sedutan pertempuran antara Steppenwolf dan pasukan Green Lantern – tetapi hanya beberapa saat sahaja. Jadi, berdasarkan ciapan dari peminat dan apa yang Zack Snyder – Green Lantern akan ada penampilan khas dalam filem Justice League potogngan beliau di HBO Max. Cuma, kami yakin yang wataknya bukan Hal Jordan – tetapi adalah ahli Green Lantern lain. Bukan itu sahaja, sebelum ini ada juga kedengaran mengenai berita Martian Manhunter akan muncul dalam filem ini – yang mana General Swanwick lakonan Harry Lennix adalah makhluk asing planet marikh ini.

Apa-apa pun, masih jauh lagi untuk tunggu tahun 2021 – sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini