Setelah Square-Enix mengumumkan minggu lepas berkenaan siri anime berdasarkan permainan The Worlds Ends With You, hari ini mereka akhirnya memperlihatkan video acah pertama buat siri anime tersebut.
Video acah ini dipertontonkan ketika acara Anime Expo Lite 2020 yang mana ia disahkan akan ditayangkan bermula tahun hadapan.
The World Ends With You The Animation adalah siri anime baharu berdasarkan permainan The World Ends With You yang dialncakran di konsol Nintendo DS pada 2007 lepas. Permainan tersebut kemudiannya dilancarkan semula sebagai versi permua dan juga versi pernambah-baikkan di Switch beberapa tahun lepas.
Melalui anime ini, ia akan memfokuskan watak Neku di mana beliau perlu mempertahankan hidupnya atas sebab dipaksa untuk memasuki permainan kematian “Reaper’s Game”. Anime ini bertempatkan di Shibuya, Jepun dan ia menyertakan watak-watak yang direka khas oleh Tetsuya Nomura, iaitu pengarah kreatif untuk siri Kingdom Hearts.
Seperti biasa kami akan kongsikan informasi lanjut setelah ia diumumkan.