Square-Enix hari ini memperlihatkan butiran lanjut buat struktur misi permainan akan datang Outriders. Seperti yang kami laporkan, permainan ini dirancang untuk dilancarkan pada penghujung tahun ini di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X dan juga di PC.
Menurut Square-Enix, Outriders merupakan permainan yang mempunyai kandungan yang sangat meluas bukan sahaja dari segi jumlah jam permainan, malah permainan ini menyertakan ruangan untuk pemain mengembara yang sangat luas di dalam dunia sains fiksyen permainan ini.
Penceritaan permainan ini akan meletakkan pemain di dalma dunia Enoch dan pemain boleh lakukan pelbagai jenis misi untuk mendapatkan ganjaran. Setelah pemain maju di dalam permainan ini, pemain juga akan menerima pelbagai ganjaran lain dan bertemu dengan pelbagai watak yang akan menggerakkan penceritaan permainan ini.
Selain itu, permainan ini juga akan mempunyai muzik yang dihasilkan khas oleh Inon Zur, di mana beliau sangat terkenal dengan muzik Dragon Age: Origins dan pelbagai siri permainan, filem lain.
Kami pasti akan mengemaskini informasi lanjut permainan ini termasuklah tarikh pelancarannya setelah ia diumumkan kelak.