Leoful dan Busy Toaster Games minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Georifters di konsol Switch sekitar suku ketiga tahun ini.

Permainan ini sebelum ini telah pun dialncarkan di konsol Xbox One dan PC beberapa bulan lepas dan versi PlayStation 4 juga turut diumumkan namun masih belum dilancarkan.

Georifters merupakan permainan multi-pemain pertempuran di mana pemain perlu memanipulasikan platform untuk menumpaskan pemain lain. Dengan tujuh pilihan watak yang pemain boleh mainkan, setiap satunya mempunyai kemahiran yang tersendiri yang mana pasti akan memberi pengalaman yang pelbagai buat pemain.

Leoful juga menyatakan permainan ini turut mempunyai mod solo penceritaan dengan lebih dari 6 dunia yang pemain boleh terokai. Ia juga menyertakan mod koperasi yang pemain boleh bermain secara bersama. Mod pertempuran arena juga menyokong sehingga 4 pemain serentak dan pemain boleh mengubah-suai senjata, kostum dan sebagainya.

Tambahan itu, Leoful juga mengumumkan yang mana bagi pemain yang membuat pra-tempahan permainan di bagi edisi fizikal, mereka juga akan menyertakan kostum Pro Gamer khas buat watak Candy. Menurut Leoful, permainan ini sudah boleh dipra-tempah buat pasaran Malaysia bermula bulan ini.

Leoful juga umum mereka akan menerbitkan permainan ini di pasaran rantau Hong Kong buat Nintendo eShop dan ia boleh dimainkan dengan bahasa Inggeris.

Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diumumkan. Kami di Aksiz pasti akan mengemaskininya setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini