Team 17 dan Veewo Games kini mengumumkan yang mana permainan mereka seterusnya iaitu Neon Abyss akan dialncarkan pada 14 Julai 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Menariknya, bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga turut mengumumkan demo permainan ini kini boleh dimuat-turun di konsol Switch dan juga di Steam.

Neon Abyss merupakan permainan penembak platformer 2D yang mana pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh dan pada masa yang sama menerokai pelbagai dungeon yang meluas dan dijana secara kendiri. Menariknya, permainan ini juga menyertakan fungsi ‘Haiwan Peliharaan’ di mana mereka akan membantu pemain ketika bertempur.

Jadi bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh berbuat demikian menjelang minggu hadapan.

Sohor Kini