Sejak pelancaran Legends Of Runeterra iaitu permainan kad oleh Riot Games berdasarkan dunia League Of Legends, semestinya ia merupakan satu permainan yang sangat terkenal dan mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan pemain.

Terkini, setelah lebih dari sebulan ia dilancarkan, Riot Games mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan mod baharu buat permainan tersebut iaitu Gauntlet.

Gauntlet merupakan mod baharu yang memfokuskan pertarungan secara kompetitif dengan dek kad yang dihasilkan dengan bentuk peraturan unik. Seperti biasa, melalui mod ini ia bukan sahaja membawa mod permainan baharu malah ia akan memberi pelbagai ganjaran menarik buat mereka yang menyertainya.

Mod tersebut akan berlangsung sepanjang bulan ini secara berperingkat di mana jadual penuh acara tersebut boleh dilihat di imej bawah.

Selain itu, Riot Games juga mengumumkan mod baharu “Labs” juga turut akan dilancarkan kelak dan informasi lanjut berkenaannya akan diumumkan kemudian.

Kami sebelum ini juga telah pun mengulas permainan ini di mana ia boleh dimuat-turun secara percuma di iOS, Android dan juga di PC.

Sohor Kini