Bless Unleashed, iaitu permainan MMORPG yang dilancarkan di konsol Xbox One sebelum ini, kini diumumkan akan tiba di PC menjelang awal tahun hadapan.

Menurut Round8 Studios iaitu pembangun permainan ini, versi PC akan diterbitkan oleh Neowiz dan ia akan dilancarkan pada 2021 ini melalui Steam. Mereka juga menyatakan yang mana pada suku keempat tahun ini, beta tertutup Bless Unleashed akan diadakan dan informasi lanjut akan diumumkan kemudian.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan ini akan dilancarkan secara percuma dan pemain berupaya untuk mengembara dan bertempur dengan pelbagai jenis raksasa di samping berinteraksi dengan permainan lain khas melalui permainan MMORPG ini.

Bersempena dengan pengumuman ini, versi Xbox One juga kini menerima pelbagai kemaskini baharu dengan misi tambahan sehingga 150 misi yang pemain boleh lakukan.

Jadi bagi anda yang berminat dengan permainan MMORPG, pastikan anda bersiap sedia untuk permainan ini apabila ia dilancarkan kelak.

Sohor Kini