Pokémon: Twilight Wings merupakan siri animasi berdasarkan rantau Galar iaitu rantau rasmi buat permainan Pokémon Sword dan Pokémon Shield. Nintendo sebelum ini mengesahkan siri ini akan mempunyai 7 jumlah episod dan setiap satunya dilancarkan setiap bulan.

Episod kelima dan keenam ini memfokuskan watak Rose dan Oleana bersama-sama dengan watak yang mula diperkenalkan pada episod pertama iaitu John dan Tommy.

Semestinya dengan siri animasi ini, permainan Pokémon Sword dan Pokémon Shield dikembangkan lagi penceritaannya yang mana peminat siri tersebut pasti akan menghargainya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh menonton animasi tersebut di bawah di mana episod kelima dan keenam kini boleh ditonton secara rasmi. Bagi episod-episod sebelum ini, anda boleh ke pautan ini.

Sohor Kini