Lanjutan daripada pengumuman berkenaan permainan Horizon Zero Dawn di PC beberapa bulan lepas, Sony Interactive Entertainment dan Guerrilla Games hari ini akhirnya mengumumkan yang mana permainan tersebut akan dilancarkan 7 Ogos 2020 ini.

Menurut mereka, permainan tersebut akan tiba di kedua-dua platform Steam dan juga Epic Games Store di mana ia Steam, ia hanyalah berharga RM80. Manakala di Epic Games Store ia akan dijual dengan harga $21.49(~RM92).

Dengan pelancaran edisi Complete Edition, permainan ini juga akan menyertakan DLC The Frozen Wilds secara bersama dan pada masa yang sama, versi PC juga akan menyertakan pelbagai tetapan grafik, sokongan kawalan, sokongan skrin ultra-lebar dan juga aplikasi khas untuk menanda aras PC.

Horizon Zero Dawn: Complete Edition sebelum ini telah pun dilancarkan di PlayStation 4 dan bagi anda yang ingin dapatkan versi PC, anda boleh berbuat demikian menjelang Ogos ini.

Sohor Kini