Bagi anda yang berminat dengan adiwira Captain America dan ingin bermain sebagai beliau di dalam permainan Fortnite, kini Epic Games mengumumkan yang mana pemain boleh dapatkan kostum khas Captain America melalui permainan tersebut.

Menariknya, melalui kostum tersebut pemain juga akan mendapat perisai Captain America secara bersama sebagai senjata beliung buat pemain dan pemain boleh memakainya di belakang. Selain itu, pemain juga boleh dapatkan Emote khas bertemakan Captain America tersebut secara berasingan.

Kostum Captain America boleh di dapat di dalam kedai di dalam permainan Fortnite dengan harga 2,000 V-Bucks, manakala Emote tersebut pula akan berharga 300 V-Bucks.

Fortnite telah pun dilancarkan di pelbagai platform termasuklah di PC, konsol dan juga versi permua di iOS dan Android secara percuma.

Sohor Kini