EVO hari ini mengumumkan yang mana kejohanan atas-talian EVO 2020 yang dirancang untuk diadakan sepanjang bulan ini sehingga Ogos ini dibatalkan secara rasmi.

Menurut kenyataan rasmi EVO, pembatalan acara tersebut adalah disebabkan tuduhan gangguan seksual terhadap ketua pegawai eksekutif mereka iaitu Joey Cuellar di mana jawatan tersebut kini digantikan oleh Tony Cannon dan segala penglibatan Joey Cuellar dengan kejohanan tersebut akan dihentikan serta-merta.

Menurut EVO lagi, perubahan ini tidak akan berlaku dalam tempoh masa yang singkat dan mereka memuji mereka yang berani untuk bercakap dan meluahkan segala salah laku dan ketidakadilan pihak yang bertanggungjawab.

Pada masa yang sama, beberapa penerbit permainan lain seperti Bandai Namco, Capcom dan sebagainya turut menghentikan penglibatan mereka terhadap kejohanan ini atas sebab tuduhan tersebut. Sekaligus kami percaya ini merupakan sebab utama mengapa kejohanan tersebut dibatalkan.

Joey Cullar juga berkongsi kenyataan minta maaf di akaun Twitter rasmi beliau di mana anda boleh membacanya di atas.

Buat masa ini, masih tiada pengumuman lanjut berkenaan acara EVO seterusnya.

Sohor Kini