Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games minggu lepas, permainan Hue akhirnya ditawarkan secara percuma di Epic Games Store di mana tawaran ini bermula hari ini sehingga 9 Julai ini.

Hue merupakan permainan platformer di mana pemain akan mengubah dunia permainan tersebut dengan menukar warna di dalamnya. Ia sebelum ini telah pun dilancarkan di pelbagai platform dan ia menyertakan pelbagai rekaan peringkat yang menarik dan berwarna warni.

Manakala untuk permainan percuma minggu hadapan, Epic Games menyenaraikan permainan Killing Floor 2, Lifeless Planet dan juga Escapists 2 akan tiba bermula 9 Julai ini.

Selain itu, Epic Games juga menyatakan permainan Conan Exiles yang dinyatakan akan dilancarkan secara percuma, tidak lagi akan dilakukan sedemikian dan ia akan dilancarkan kemudian.

[download] Muat-Turun Epic Games Store: Hue [/download]

Leave a Reply