Sebelum ini kami melaporkan yang mana permainan Fairy Tail oleh Gust dan Koei Tecmo akan ditundakan sehingga Julai ini dan kini, dengan pelancarannya yang semakin hampir, Koei Tecmo berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan kostum bonus buat permainan tersebut.

Bagi pelanggan yang mendapatkan edisi Digital Deluxe buat permainan ini, Koei Tecmo mengumumkan yang mana mereka akan menyertakan pelbagai kostum tambahan dan menariknya salah satu kostum tersebut merupakan kostum Ryza dari permainan Atelier Ryza.

Fairy Tail dirancang untuk dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch dan juga versi PC melalui Steam pada 31 Julai 2020 ini.

Sohor Kini