Emancipation adalah filem baru lakonan Will Smith dan diarahkan oleh Antoine Fuqua. Filem ini mengisahkan zaman rasis yang mana mereka yang berkulit hitam adalah hamba. Peter cuba membebaskan diri dan perlu menempuhi ramai pemburu yang cuba membunuh beliau. Ia adalah sebuah filem aksi-gerun yang memperlihatkan hidup sukar Peter sehingga beliau menyertaui tentera kesatuan.

Bidaan hak bagi filem ini dibuka di Virtual Cannes. Terdapat 7 syarikat terlibat yang berminat dengan filem ini, tetapi selepas nilai bidaan mencecah $75 juta – hanya Apple dan Warner Bros. sahaja yang berlawan bidaan antara satu sama lain. Akhirnya Apple menang bidaan dengan nilai yang dilaporkan mencecah $120 juta. Buat masa ini filem ini hanya mempunyai skrip sahaja dan segala penggambaran belum lagi dimulakan. Oleh yang demikian, filem ini secara tidak langsung akan dihasilkan oleh Apple Studios, Westbrook Studios, Fuqua Films dan McFarland Entertainment.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam terlebih dahulu dan akan disiarkan di Apple TV+ secara eksklusif selepas tayangan tamat. Tujuan sebenar Apple sanggup berbelanja wang banyak ini adalah bagi mempunyai hubungan dengan Will Smith untuk projek di masa akan datang.

Sohor Kini