Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kandungan musim ketiga buat permainan perlawanan Naruto To Boruto: Shinobi Striker menjelang tahun ini.

Seperti yang kami laporkan, permainan ini sering mendapat kemaskini oleh Bandai Namco di mana salah satu watak DLC yang diumumkan iaitu Hokage Naruto juga telah pun dilancarkan sebelum ini.

Naruto To Boruto: Shinobi Striker merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bertempur secara berpasukan sehingga 4 pemain untuk menentang pasukan yang lain. Pemain juga berpeluang untuk mencipta watak mereka sendiri untuk digunakan di dalam permainan ini.

Permainan tersebut telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami juga sebelum ini telah pun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut di mana anda boleh membacanya di bawah.

Sohor Kini