Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan realiti-maya Marvel’s Iron Man VR akan dilancarkan pada 3 Julai 2020 ini di mana ia adalah eksklusif di konsol PlayStation 4 melalui PlayStation VR.

Dengan pelancarannya yang semakin hampir ini, hari ini Sony Interactive Entertainment memperlihatkan video acah baharu yang memfokuskan penceritaannya di juga musuh yang akan pemain tempuhi iaitu Ghost.

Marvel’s Iron Man VR adalah permainan khas yang dibangunkan sebagai permainan realiti-maya yang mana pemain akan bermain sebagai Tony Stark, iaitu adiwira Iron Man dan berupaya untuk berterbangan di udara disamping bertempur dengan pelbagai jenis musuh.

Berdasarkan video acah di atas, kelihatan pemain akan bertempur dengan Ghost, iaitu salah satu penjahat yang sangat terkenal di dalam dunia Marvel di mana beliau kelihatan berdendam dengan Tony Stark.

Bagi anda yang berminat, permainan ini akan dilancarkan minggu ini. Kami di Aksiz juga pasti akan berkongsi ulasan penuhnya kelak.

Sohor Kini