Setelah ditunda beberapa kali, Atlus hari ini akhirnya mengumumkan yang mana permainan RPG Maker MV akan dilancarkan secara rasmi buat konsol Switch pada 8 September 2020 ini secara global.

RPG Maker MV merupakan satu perisian bentuk permainan khas yang membolehkan pemain untuk menghasilkan permainan RPG (Role Playing Game) tersendiri. Melaluinya, pemain berupaya untuk menghasilkan permainan tersendiri seperti menetapkan penceritaan, bentuk permainan dan juga visual grafik termasuklah watak-watak permainan.

RPG Maker MV sebelum ini telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan PC melalui Steam.

Sohor Kini