Focus Home Interactive dan Asobo Studio hari ini mengumumkan yang mana permainan A Plague Tale: Innocence yang dilancarkan tahun lepas, telah pun terjual melebihi 1 juta salinan.

Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC melalui Steam.

A Plague Tale: Innonce merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan pemain untuk bermain di tahun 1349 di mana terdapat satu wabak yang berlaku di Perancis. Dengan bermain sebagai Amicia bersama adiknya Hugo, pemain perlu melarikan dari pelbagai cabaran dan meneruskan hidup.

Bagi anda yang berminat, permainan ini turut ditawarkan harga diskaun di Steam dengan harga serendah RM37.06 sehingga 10 Julai ini.

Sohor Kini