Skip to main content

Mei lepas, Amazon Games Studios melancarkan permainan penembak multi-pemain berpasukan Crucible secara rasmi di PC melalui Steam di mana ia boleh dimainkan secara percuma.

Setelah lebih dari sebulan pelancaran, hari ini Amazon Game Studios mengumumkan yang mana permainan tersebut akan kembali ke akses tertutup akibat ia gagal mendapat sambutan yang baik di kalangan pemain.

Menurut Amazon Game Studios, tindakan ini adalah disebabkan mereka ingin tingkatkan lagi kualiti permainan tersebut dengan meluangkan masa yang lebih banyak antara pembangun dan komuniti.

Mereka juga mengesahkan yang mana pemain yang sudah pun log masuk dan memiliki akaun permainan tersebut, mereka akan terus boleh bermain sekarang ini tanpa sebarang masalah. Manakala pemain yang ingin mendaftar akaun baharu perlu melalui proses pendaftaran melalui laman rasmi permainan tersebut.

Semestinya ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan atas sebab berdasarkan laporan Steam Charts, permainan tersebut tidaklah mempunyai jumlah pemain yang banyak dengan sejumlah pemain tertinggi hanya 1,692 pemain untuk tempoh bulan Jun lepas.

Dengan kembalinya permainan ini ke akses beta tertutup, kami percaya pembangun juga berupaya untuk meningkatkan kualiti permainan ini pada masa akan datang.

Leave a Reply