Informasi Permainan Video Terkini
Call Of Duty Warzone Kini Menyertakan Mod 200 Pemain, 50 Sepasukan Melalui Kemaskini Musim Ke-4 “Reloaded”
PC

Call Of Duty Warzone Kini Menyertakan Mod 200 Pemain, 50 Sepasukan Melalui Kemaskini Musim Ke-4 “Reloaded”

Diterbitkan pada July 1, 2020 oleh .

Activision dan Infinity Ward hari ini akhirnya melancarkan kemaskini baharu buat musim ke-4 “Reloaded” bagi permainan Call Of Duty Warzone dan Modern Warfare di mana mereka menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti peta baharu dan juga mod baharu.

Antara mod baharu yang menjadi perhatian ramai adalah mod bermain secara 200 pemain serentak melalui mod War Rumble di mana ia meletakkan pemain di dalam 50 pemain di dalam satu pasukan antara 3 lagi pasukan lain.

Selain itu, kemaskini ini juga akan menyertakan peta lokasi baharu, senjata baharu iaitu senapang “Rytec AMR” dan juga pek baharu yang pemain boleh dapatkan yang mana ia akan menyertakan kostum Alchemist.

Activision juga menjanjikan gandaan nilai pengalaman bersempena kemaskini bermula hujung minggu ini.

Activision menyatakan yang mana saiz kemaskini baharu ini adalah sekitar 22 sehingga 26 GB untuk pemilik permainan Call Of Duty Modern Warfare. Manakala versi konsol pula akan menerima kemaskini tambahan bersaiz 3.5GB. Buat pemain hanya memiliki permainan Call Of Duty Warzone pula, kemaskini baharu ini akan bersaiz sekitar 22GB sehingga 30GB mengikut platform.

Call of Duty Modern Warfare dan Call of Duty Warzone sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN