Informasi Permainan Video Terkini
Ageless – Satu Lagi Permainan Oleh Pembangun Malaysia Akan Dilancarkan Bulan Ini

Ageless – Satu Lagi Permainan Oleh Pembangun Malaysia Akan Dilancarkan Bulan Ini

Diterbitkan pada July 1, 2020 oleh .

Februari lepas, kami berkongsi berkenaan permainan Ageless, iaitu ia dibangunkan pembangun tempatan iaitu One More Dream Studio akan diterbitkan oleh Team17.

Terkini, Team17 akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainant ersebut secarar asmi di mana ia akan tiba pada 28 Julai 2020 ini di konsol Switch dan juga di PC melalui Steam.

Ageless merupakan permainan tekaria platformer di mana pemain akan bermain sebagai Kiara, seorang wanita yang menjumpai satu busur ajaib yang berupaya untuk mengawal masa apabila ianya ditembak.

Menariknya, bagi pemain yang menembak haiwan atau tumbuh-tumbuhan, pemain boleh mengawal masa objek tersebut ke masa hadapan atau masa lampau yang mana ianya juga akan digunakan sebagai bentuk tekaria dan platformer permainan ini untuk pemain bergerak, bertempur musuh dan sebagainya.

Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan menjelang 28 Julai ini dan menyokong pembangun permainan tempatan.


TIPS & ULASAN