Kemaskini: CryTek hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menunda pelancaran Crysis Remastered unutk beberapa minggu atas sebab mereka ingin tingkatkan kualiti permainan tersebut.

Atas sebab video acah permainan tersebut tertiris, ramai peminat menyatakan ia tidak mempunyai tahap kualiti visual grafik yang mereka harapkan, sekaligus dengan maklum balas peminat, CryTek menyatakan yang mereka akan mengemaskini dengan kualiti yang lebih baik dalam penundaan beberapa minggu ini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran tidak diumumkan.

Artikel Asal: April lepas, CryTek mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali permainan Crysis sebagai permainan pernambah-baikkan di konsol dan PC. Ketika pengumuman awal, ianya tertiris melalui laman rasmi yang tidak sengaja berada di atas-talian.

https://twitter.com/h0x0d/status/1277761187225071616

Terkini, seorang pengguna Twitter, H0x0d telah menjumpai laman kedai atas-talian Microsoft Store yang mana sekali lagi secara tidak sengaja memuat-naik laman rasmi permainan tersebut yang mana berdasarkan video acah yang tertiris, ia akan dilancarkan pada 23 Julai 2020 ini.

https://twitter.com/Crysis/status/1277632947605114881

Buat masa ini, pengumuman rasmi masih belum diumumkan oleh CryTek, namun melalui akaun Twitter rasmi Crysis, mereka menyatakan akan terdapat video acah rasmi yang akan dipertontonkan pada jam 12 tengah malam ini.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan secara rasmi oleh CryTek.

Sohor Kini