Skip to main content

Setelah beberapa kali ditunda akibat wabak koronavirus beberapa bulan lepas, Capcom hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran kemaskini baharu buat permainan Monster Hunter World: Iceborne.

Menurut Capcom, ia akan tiba pada 9 Julai 2020 ini di mana ia akan menyertakan pelbagai acara khas termasuklah raksasa Alatreon yang dinantikan oleh ramai pemain.

Selain itu, Capcom juga mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara penstriman khas pada 3 Julai 2020 ini pada jam 8 malam untuk berkongsi informasi lanjut berkenaan kemaskini seterusnya buat permainan ini.

Monster Hunter World: Iceborne merupakan penambahan khas buat Monster Hunter World yang telah pun dilancarkan sejak tahun lepas di konsol PlayStation 4, Xbox One dan awal tahun ini di PC.

Leave a Reply