Media Molecule hari ini mengumumkan yang permainan ataupun alat pembinaan dunia permainan Dreams Universe akan menerima sokongan realiti maya menggunakan PS VR tidak lama lagi.
Kemaskini percuma untuk menyertakan sokongan ini akan tiba pada 22 Julai. Di mana melaluinya pemain boleh mencipta sesuatu secara realiti maya dan juga mencuba dan melihat rekaan pemain lain. Ia sudah semestinya akan memberikan pengalaman baharu kepada pemain.
Tambah mereka, jika pemain memiliki PlayStation Move ia akan lebih memudahkan untuk pemain mengukir sambil di dalam mod realiti maya. Bagi pemain yang ingin mencuba terlebih dahulu, mereka juga akan menyertakan pelbagai rekaan untuk dicuba oleh pemain yang khusu untuk dimainkan secara realiti maya.
Dreams Universe sudah dikeluarkan secara rasmi pada 14 Februari lepas untuk PlayStation 4 dan anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.