Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Senarai Siri Dan Filem Di Netflix Buat Bulan Julai 2020

Ini Adalah Senarai Siri Dan Filem Di Netflix Buat Bulan Julai 2020

Diterbitkan pada July 1, 2020 oleh .

Yesss!!! Bulan Julai telah tiba dan ini adalah bulan menarik bagi mereka yang ingin maratonton siri TV di Netflix. Ia adalah bulan yang saya sendiri nanti-nantikan. Terdapat banyak siri TV, sekuel siri TV dan filem menarik pada bulan Julai untuk kandungan Netflix Malaysia. Lupakan jika ada filem atau siri TV dari bulan Jun, mari kita fokus pada bulan Julai. Yang sudah lepas, biarkan lepas – usah dikenang!

Pertama sekali adalah siri TV sekuel adiwira serius, The Umbrella Academy. Hujung bulan ini, musim kedua akan disiarkan – lebih tepat lagi adalah pada 31 Julai. Musim kedua memfokuskan kepada kesemua ahli pasukan hidup di garis masa berbeza. Mereka berusaha untuk bersama, tetapi sayang sekali ada yang telah mulakan kehidupan baru. Di samping masih mencari jalan penyelesaian di sebalik tragedi musim pertama, terdapat tiga pembunuh mereka perlu tempuhi. Penonton musim pertama akan alami déjà vu pada musim kedua ini.

Seterusnya adalah siri TV Cursed. Ia adalah siri tv bertemakan pengembaraan fantasi, seperti siri TV The Witcher. Untuk Cursed, ia adalah kisah berbeza mengenai legenda King Arthur dan pedang Excalibur. Ia diceritakan dari sudut pandangan Nimue, iaitu Lady of The Lake. Di seba;ik King Arthur, sebenarnya Nimue yang berjaya memperoleh pedang magis ini. Ia akan disiarkan pada 17 Julai, adakah ia akan lebih menarik dari The Witcher? Atau The Witcher akan kekal menjadi pilihan ramai? Sama-sama kita nantikan!

Peminat francais seram popular Jepun, Ju-On akan teruja dengan siri TV ini. Ia adalah siri TV pertama Ju-On dalam dunia yang sama, iaitu Ju-On: Origins. Walaupun ia mempunyai cerita yang berbeza, ia masih berlaku dalam dunia yang sama – yang mana semua kejadian berlaku dari sebuah rumah yang ada sumpahan. Siri TV 7ang pendek ini berlaku di masa silam dan setiap episod ada cerita tersendiri dan masih berkait antara satu sama lain. Ia akan disiarkan pada 3 Julai ini.

Kebiasaannya hanya tiga fokus utama yang saya kongsi dalam artikel sebegini. Kali ini saya berikan empat, kerana Julai adalah bulan menarik untuk maratonton Netflix. Peminat manga Amerika Syarikat – Warrior Nun Areala mungkin akan tonton siri TV aksi nyata Warrior Nun. Ia diadaptasi dari komik dengan sedikit perubahan pada judul. Ia mengisahkan remaja wanita berusia 19-tahun yang bangkit dari bilik mayat. Ini kerana beliau telah dipilih sebagai pelindung bumi untuk menentang jin. Ia akan disiarkan pada 2 Julai.

1 Julai

  • Deadwind: Season 2 – Siri TV
  • Say I Do – Siri Realiti
  • Under the Riccione Sun – Filem
  • Unsolved Mysteries – Siri Dokumentari
  • Chico Bon Bon: Monkey with a Tool Belt: Season 2 – Siri Animasi Kanak-Kanak
  • Transformers (2007) – Filem
  • Transformers: Age of Extinction – Filem
  • Mamma Mia! – Filem

2 Julai

  • Warrior Nun – Siri TV

3 Julai

  • Cable Girls: Final Season: Part 2 – Siri TV
  • Southern Survival – Siri Realiti
  • Desperados – Filem
  • Ju-On: Origins – Siri TV
  • The Baby-Sitters Club – Siri TV

8 Julai

  • Stateless – Siri TV
  • Was It Love? – Siri TV
  • Mucho Mucho Amor: The Legend of Walter Mercado – Filem Dokumentari
  • Was It Love? – K-Drama

9 Julai

  • The Protector: Season 4 – Siri TV
  • The Maid – Filem
  • Japan Sinks: 2020 – Siri Anime
  • Little Women 1994 – Filem

10 Julai

  • O Crush Perfeito – Siri Realiti
  • The Twelve – Siri TV
  • The Claudia Kishi Club – Filem Dokumentari
  • Hello Ninja: Season 3 – Siri Animasi Kanak-Kanak
  • The Epic Tales of Captain Underpants in Space – Siri Animasi
  • The Old Guard – Filem

11 Julai

  • About Time – Filem

13 Julai

  • Cinderela Pop – Filem Kanak-Kanak

14 Julai

  • Urzila Carlson: Overqualified Loser – Komediri
  • On est ensemble – Filem Dokumentari
  • The Business of Drugs – Siri Dokumentari

15 Julai

  • Dark Desire – Siri TV
  • Skin Decision: Before and After – Siri Realiti
  • Gli Infedeli – Filem

16 Julai

  • Indian Matchmaking – Siri TV
  • Fatal Affair – Filem
  • MILF (FR) – Filem

17 Julai

  • Boca a Boca (Kissing Game) Siri TV
  • Cursed – Siri TV

20 Julai

  • Ashley Garcia: Genius in Love – Sitkom Kanak-Kanak

21 Julai

  • How to Sell Drugs Online (Fast): Season 2 – Siri TV
  • Jack Whitehall: I’m Only Joking – Komediri
  • Street Food: Latin America – Siri Dokumentari

22 Julai

  • Signs – Siri TV
  • Fear City: New York vs The Mafia – Siri Dokumentari

23 Julai

  • The Larva Island Movie – Filem Animasi Kanak-Kanak

24 Julai

  • ¡A cantar! (Sing On! Spain) – Siri TV
  • Ofrenda a la tormenta – Filem
  • Kissing Booth 2 – Filem

26 Julai

  • Good Girls: Season 3 – Siri TV

28 Julai

  • Last Chance U: Laney – Siri Dokumentari

29 Julai

  • Inside the World’s Toughest Prisons: Season 4 – Siri Dokumentari
  • The Speed Cubers – Filem Dokumentari

30 Julai

  • Transformers: War For Cybertron Trilogy – Siri Anime

31 Julai

  • Get Even – Siri TV
  • Vis a vis: El Oasis – Siri TV
  • Seriously Single – Filem
  • The Umbrella Academy Musim 2 – Siri TV

Bagi peminat francais filem Transformers, bulan ini filem 2007 Transformers dan sekuel Transformers: Age of Extinction akan disiarkan di Netflix. Satu filem yang dilakonkan oleh Shia Labeouf, satu lagi adalah Mark Wahlberg. Filem dalam dunia yang sama tetapi garis masa berbeza. Bukan yang terbaik, tetapi cukup menarik bagi peminat Transformers. Bukan itu sahaja, bulan ini juga akan terdapat siri anime Transformers – Transformers: War For Cybertron Trilogy. Masing-masing akan disiarkan pad 1 Julai dan 30 Julai.

Seperti bulan-bulan lain, Netflix tidak akan berhenti tawarkan kandunhan baru atau lama di dalam platform mereka. Mereka yang terlepas dengan filem -filem klasik dan yang sudah lama, kini boleh tonton secara sah. begitu juga dengan siri TV atau siri realiti. Tidak lupa juga turut terdapat banyak siri dokumentari dan filem dokumentari berserta dengan komediri baru hadir dalam Netflix Malaysia untuk bulan Julai.

Jika ada yang anda berkenan dan Netflix tawarkan keseluruhan episod, ayuh maratonton. Kini sudah boleh keluar rumah, anda boleh saksikan kandungan menarik ini bersama keluarga, rakan, yang tersayang dan lain-lain. Cuma yang pasti kekal jaga penjarakan sosial, kebersihan dan kesihatan. Bagi yang beragama islam, maratonton-maratonton juga, tetapi yang wajib jangan lupa.


TIPS & ULASAN