Bake ‘n Switch merupakan permainan oleh pembangun tempatan iaitu Streamline Games di mana ia memfokuskan bentuk koperasi multi-pemain. Ia sebelum ini diumum akan tiba di konsol Switch dan PC di mana kini, mereka akhirnya mengumumkan permainan ini turut akan tiba di konsol PlayStation 4.

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, permainan ini memfokuskan pemain untuk bekerjasama untuk membakar doh orti di mana jika pemain melengkapkan mengikut peringkat, pemain akan menerima markah yang lebih tinggi.

Melalui video acah di atas, selain pengumuman versi PlayStation 4, Streamline Games juga turut memperlihatkan watak-watak di dalam permainan tersebut dan juga dunia permainan tersebut. Sebelum ini Streamline Games juga umum versi multi-pemain atas-talian urut akan dilancarkan selepas pengumuman kempen biaya-sama Kickstarter.

Buat masa ini, masih tiada tarikh pelancaran rasmi buat permainan ini.

Sohor Kini