SCRYSoft dan Aquiris Game Studio hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Horizon Chase Turbo Deluxe Edition secara fizikal di konsol PlayStation 4 buat pasaran Malaysia.

Menurut penerbit, permainan ini akan dilancarkan pada 28 Julai 2020 ini di mana mereka turut akan menyertakan bekas besi khas. Tambahan itu, memandangkan ini adalah edisi Deluxe, SCRYSoft turut akan sertakan DLC Summer Vibes secara bersama.

https://www.youtube.com/watch?v=zPwCbwCOy98

Horizon Chase Turbo merupakan permainan perlumbaan kereta yang diinspirasikan daripada visual permainan klasik 90an seperti permainan Out Run ataupun Top Gear.

Permainan ini telah pun menyertakan lebih dari 100 litar dengan pelbagai lokasi dan negara. Permainan ini juga menyertakan pelbagai jenis kenderaan dan menyertakan mod multi-pemain secara setempat dengan skrin pembahagian.

Horizon Chase Turbo sebelum ini telah pun dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam secara digital. Bagi anda yang berminat untuk dapatkan edisi Deluxe secara fizikal, anda boleh membelinya di mana-mana pengedar rasmi permainan ini.

Sohor Kini